Skip to content

Selamat TINGGAL Denaihati.Blogspot.Com jasamu TETAP dikenang

January 8, 2010

Hari yang dinantikan telah tiba. Ini adalah entri terakhir daripada blog ini untuk tatapan umum. Sedih juga untuk meninggalkan blog yang telah dibina dengan keringat, bersengkang mata dan memulas minda selama lebih satu tahun sehingga mencapai PR3, ranking Alexa 365K, 352 Google followers, 141 Mybloglog followers dan lebih daripada 550 subscribers.

Keputusan telah dibuat untuk HIJRAH daripada baik kepada yang lebih baik. Terima kasih kepada semua teman-teman yang telah memberi sokongan dan teguran untuk meneruskan kelansungan secebis blog yang masih banyak untuk belajar. Semuga ada sedikit ILMU yang teman-teman perolehi daripada Yang Terbuku Di Hati.

Alhamdulillah setelah berhempas pulas selama 2 minggu, bermula hari ini aku akan memulakan langkah baru dalam dunia blog di rumah baru DENAIHATI.COM dengan perjuangan yang baru.

Blog ini tidak akan ditutup sepenuhnya tetapi akan lebih bersifat peribadi dengan cerita-cerita peribadi. Kepada teman-teman yang ingin terus bersama jangan lupa gantikan link Denaihati di bloglist ANDA dengan http://denaihati.com. Kepada peserta contest Hidup BErani Untuk Gagal dan yang terbaik Disember tunggukan pengumuman di DENAIHATI.COM.

Selamat tinggal http://denaihati.blogspot.com dan selamat datang ke http://denaihati.com.

Selamat TINGGAL blogku sayang

December 31, 2009

2009 akan melabuhkan tirai. Berbagai kenangan akan ditinggalkan menjadi sebahagian daripada sejarah hidup. Yang Baik dijadikan teladan Yang Buruk dijadikan sempadan. Setiap peristiwa yang berlaku samada yang baik atau buruk pasti ada HIKMAHnya. Marilah kita mulakan 2010 dengan NIAT yang baik dan betul untuk menentukan perjalanan 2010. Tanpa NIAT maka kehidupan 2010 akan menjadi KUN FAYAKUN maka jadilah atas kehendak Allah.

Blog ini juga telah melalui berbagai peristiwa sepanjang 2009 dan terlalu banyak ILMU yang telah aku pelajari sebagai blogger hingusan. Dengan rendah diri dimaklumkan bahawa ini adalah entri kedua terakhir aku bersama blog ini. Aku akan melangkah ke tahun 2010 dengan NIAT baru untuk menempuh dunia realiti yang penuh mencabar. Langkah 2010 mesti diatur dengan baik dengan AZAM yang kental dan semangat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

Kepada semua peserta contest Hidup Berani Untuk Gagal tunggukan pengumuman seterusnya. Kepada yang belum join masih belum terlambat untuk turut serta. Menang kalah bukan persoalannya tetapi sumbangan kita kepada UMAH melalui keywords HIDUP BERANI UNTUK GAGAL insyallah akan merangsang hamba Allah diluar sana yang memerlukan suntikan motivasi daripada kita.

Doakan segala perancangan aku dipermudahkan Allah swt. SELAMAT TAHUN BARU 2010.

Pengalaman main dengan jiran

December 28, 2009

Aku tengah tak abis fikir ni macam mana ada pelawat blog ni yang singgah dengan menggunakan keywords yang seksi (seksi ke???).

1. Pengalaman main dengan jiran
2. Ronaldo buat seks dengan teman wanita

Aku memang pernah buat entri Pengalaman Berjiran Wanita Bujang dan Ronaldo senilai RM462juta .. Anda berapa? tapi tidak pulak kena mengena dengan 2 keywords tersebut.

Ada seorang teman @Twitter yang tanya samada aku ada jual ubat kuat ke? Bagus juga soalan ini , macam idea bagus je untuk projek 2010.

Keywords yang mengungguli mengikut senarai tetap Hidup Berani Untuk Gagal. Dah join ke contest?

Terima kasih @whose12, @LadyCaja, @jhr3844, @zulfaizuddin, @azli840512, @neyrashazeyra, @kidzoasis, @sarahata, @tinijamal, @shutterd8speaks, @azrin619, @coltfirearms, @cekebui, @fatinhariz, @pisaublog, @bluedianthus, @ziefauzi, @reyanna2u, @lizarazak, @eryati, @Hanzuk, @udgaya20, @ketuk_angel, @mrbintang dan @kmzack kerana follow Sponsored Tweets.

@Tunggukan projek besar Denaihati untuk 2010.

Hadiah untuk PENGUNJUNG ke 77,777

December 26, 2009

Posting ni khas untuk menunggu PENGUNJUNG yang ke 77,777 mungkin hari ini atau esok. Sebagai tanda terima kasih kepada pelawat yang ke 77,777 aku akan hadiahkan sebanyak RM77. Apa yang perlu ANDA  buat adalah copy pastekan Visitor Counter yang menunjukkan angka 77,777 dan buat satu posting di blog ANDA dan kirimkan komen berserta linknya di posting ini. Bagi yang tak berjaya tunggu NEXT…angka ke 88,888.

Terima kasih kepada semua peserta contest Hidup Berani Untuk Gagal  yang terus menyokong dan mempromosi contest ini. Terima kasih juga kepada Wawwi.com yang terus bersama dengan contest ini dengan Tips dan analisa contest.

Adakah teman-teman bersetuju kalau contest Hidup Berani Untuk Gagal  ditutup hujung tahun ini?

Buat Duit dengan Sponsored Tweets

December 25, 2009

Banyak sungguh pemintaan minta aku cerita lebih terperinci al kisah buat duit dengan Sponsored Tweets. Kalau tak silap aku join sebulan yang lepas melalui Zul’s Blog. Aku jadi bersemangat apabila aku tengok JohnChow (Jutawan Online) pun promosi Sponsored Tweets.

1. Syarat utama untuk join mesti mempunyai lebih 100 twitter follower, akaun twitter berusia lebih 60 hari dan mempunyai lebih 100 twitter update.
2. Sebelum Sign Up pastikan ANDA login akaun Twitter. Setelah login akaun Twitter ANDA boleh terus Sign Up dan link kan Sponsored Tweets dengan akaun Twitter.
3. Setelah Sign Up terus klik My Accout dan update informasi supaya akaun Sponsored Tweets boleh menghasilkan Duit secepat mungkin.
a. Ubahkan nilai per tweet mengikut cadangan (nilai untuk aku sekarang USD5.93 per tweet).
b. Pilih 1 daripada 9 katogeri yang bersesuaian dengan ANDA.
c. Yang paling penting pilih KEYWORDS sebanyak boleh kerana iklan yang akan dikirim untuk ANDA re tweetkan adalah bergantung kepada pilihan KEYWORDS. Berikut adalah KEYWORDS pilihan aku : movie, music, forex, medical, automobile, investment, mobile, food, sport, fashion, health, computer, business, travel, marketing, technology (boleh diubah bila-bila masa).

Setelah updatekan detail apa yang perlu hanya tunggu rezeki datang. Apabila ada iklan yang sesuai dengan KEYWORDS maka Sponsored Tweets akan maklumkan untuk ANDA re tweet kepada follower. Ada yang tanya apakah perlu follower yang ramai daripada luar negara. Jawapan YA jika ANDA bersungguh-sungguh untuk Buat Duit dengan Twitter dan TIDAK jika hanya untuk bersosial. Untuk dapat Twitter follower secara percuma klik twitter free dan twitterviral

ANDA boleh Buat Duit tambahan dengan Sponsored Tweets dengan mempromosi link affiliate ANDA kepada teman-teman yang berminat. Sponsored Tweets ni lebih kurang Churp Churp cuma kelebihannya lebih International. Jom join @ Sponsored Tweets. Sebenarnya ada banyak lagi peluang Buat Duit dengan Twitter seperti Ad.ly (Nilai akaun twitter aku USD16 per tweet), BeaMagpie dan lain-lain. Semuanya daftar percuma. SELAMAT MENCUBA dan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL untuk BERJAYA.

@ 10 Tips untuk sukses Sponsored Tweets : Make Money from Sponsored Tweets.
@ Ulama Hadith menganjurkan Umat Islam mengikut Sunah Nabi Muhamad saw berpuasa pada 9 dan 10 Hijrah (26 dan 27/12/09) dan ganjarannya terhapuslah dosa-dosa kecil setahun yang lepas.

Gagal PMR bukan berakhir KEHIDUPAN

December 24, 2009

Hari ini keputusan PMR akan diumumkan. Laporan Utusan Online memberitakan lebih 28ribu mendapat semua A. Tahniah kepada yang mendapat semua A atau sebahagian A. Adat peperiksaan apabila ada yang cemerlang pasti ada yang tidak cemerlang dan tidak kurang juga ada yang mendapat keputusan diluar jangkaan. Ada yang dijangka dapat bagus tapi keputusannya sangat mengecewakan.

Siapa yang akan bersama pelajar yang GAGAL? Setiap tahun pasti ada berita Pelajar bunuh diri kerana tertekan dengan keputusan PMR yang diperolehi. Sebagai pelajar pasti mereka kecewa dengan KEGAGALAN tetapi siapakah akan bersama mereka untuk melalui masa susah.

Ramai guru-guru dan ibubapa yang kecewa apabila anak didik mereka GAGAL. Guru-guru akan meraikan pelajar yang BERJAYA tanpa ambil kisah kepada pelajar yang GAGAL. Ibubapa pula akan menyalahkan anak yang GAGAL dengan macam-macam kesalahan. GAGAL adalah suatu benda yang terlalu negatif dan memalukan di dalam masyarakat kita. Ibubapa malu kepada keluarga dan jiran-jiran apabila mengetahui anak mereka GAGAL.

Adakah KEGAGALAN PMR bermakna berakhir HIDUP ini? Berapa ramai pelajar yang gagal PMR tetapi berjaya cemerlang dalam SPM dan KEHIDUPAN. Berapa ramai pulak yang berjaya dalam hidup malah jadi jutawan walaupun mereka pernah GAGAL PMR. Kepada yang GAGAL jangan kecewa, KEGAGALAN adalah permulaan kepada KEJAYAAN. Alhamdulillah anda GAGAL awal sekarang kerana ada mereka yang berjaya PMR, SPM, STPM dan UNIVERSITI tapi GAGAL mengurus HIDUP hingga terjerumus dalam kancah dadah dan sebagainya. Kepada ibubapa dan guru-guru, JANGAN sekali pandang negatif kepada anak-anak yang GAGAL. Dekati mereka dan berikan kata semangat untuk mereka terus melalui kehidupan. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

@Kepada yang perlu bantuan nak buat duit dengan sponsoredtweet sila tinggalkan msg di twitter atau FB.
@Semakan TAWARAN ke sekolah BERASRAMA penuh @ KPM.

~penGOMEL pertama~
Mr.Bintang – Aku dan Kamu

Aku kena Santau

December 20, 2009

Jangan marah ya saja nak bagi gempak je. Ni nak cerita, dulu aku pernah bisnis kedai makan. Selepas setahun mula timbul macam-macam masalah. Biasalah bila dah ada masalah maka aku akan rujuk kepada Tok Guru (bukan dukun ya dan bukan juga Nik Aziz!!). Tok Guru akan beri beberapa amalan yang mesti dibuat dan insyallah dengan izin Allah boleh membantu selesaikan masalah yang sedang dihadapi. Selalunya aku pasti kena marah sebab buat kerja terbalik sepatutnya minta panduan amalan sebelum mula bisnis bukannya dah ada masalah baru nak pergi jumpa Tok Guru.

Budaya kita orang Melayukan gitu. Bila dah kena SANTAU, bisnis dah jatuh, rumahtangga sudah kacau, anak degil, anak asyik tak lulus periksa, sakit, putus cinta, kerja dah lama tapi tak naik-naik pangkat, buat bisnis asyik rugi je dan macam-macam hal barulah kita kehulu kehilir mencari bantuan. Nasib tak baik sanggup jumpa bomoh siam.

Apa kata mulai tahun baru hijrah 1431 dan 2010 yang kian dekat ini kita azam dalam diri untuk HIJRAH minda dan amalan. Kita sama-sama azam belajar daripada Tok Guru yang terdekat amalan-amalan yang dapat membantu kita untuk terus berjaya dunia dan akhirat.

Berikut adalah amalan-amalan baik yang aku dapat daripada beberapa Tok Guru dari Malaysia dan Indonesia iaitu Solat Fajar, Baca Al-Fatihah sebanyak 21x antara Sunat Subuh dan Solat Subuh, Baca Yassin selepas Solat Subuh, Dzikir asas sebanyak 300x pagi dan 300x petang, Dzikir Khas Pagi, Solat Sunat Isyak, Solat Sunat Dhuha, Dzikir Bismillah sebanyak 786x di waktu siang, Dzikir Khas Petang, Dzikir Ya Allah sebanyak 5,000x selepas Solat Isyak, Banyakkan Solat Sunat Taubat pada bila-bila masa dalam sehari, Solat Sunat Tahjud dan Solat Witir. Jangan lupa niatkan di hati untuk mendapat REDHA ALLAH untuk setiap amalan yang kita buat.

Aku yakin pasti ada banyak lagi amalan lain yang teman-teman boleh kongsikan. Mulakan dengan satu setelah istiqamah maka tambahkan dengan amalan yang lain tanpa meninggalkan yang fardu. Insyallah apabila kita mulakan dengan amal yang baik maka Allah ada bersama kita dalam apa-apa juga aktiviti yang kita lakukan. Seandainya aktiviti itu berakhir dengan kegagalan maka adalah HIKMAH disebalik kegagalan tersebut.

Alhamdulillah aku telah mengamalkan sebahagiannya dan hasilnya memang hebat. Apa yang perlu adalah kesabaran kerana amalan adalah benda GHAIB. Jangan harap buat hari ini besok dapat hasilnya. Hasilnya kita akan kecapi apabila Allah merasai sudah sesuai untuk dikurniakan kepada kita. Kuasa Allah Subhanallah kerana itu Allah berfirman dalam surah Al-Fatihah ayat 5 yang maksudnya “Hanya pada Engkaulah kami sembah dan Hanya pada Engkaulah kami mohon pertolongan“. Mintalah tolong dengan ALLAH jangan sesekali minta tolong dengan selain daripada ALLAH.

Entri adalah khas untuk peringatan diri aku sendiri. Aku berazam utuk terus berHIJRAH diri dan minda dari buruk kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik. Semuga semangat ‘HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” terus subur dalam hidup aku. Semuga Allah perkenankan dan permudahkan segalanya.