Skip to content

Kesusahan Adalah Ubat Kesenangan

July 15, 2008

Mengikut sejarah lama-lama dan kehidupan kita ni sekarang … tiada kejayaan dan kebahagian tanpa melalui kesusahan dan pengorbanan.

Kita ambil contoh Rasulullah yang perlu berjuang di Mekah dan berjaya setelah hijrah di Madinah. Apa sahaja di sebut kesusahan telah di lalui oleh Baginda semasa di Mekah .. dihina, dicederakan, dipulaukan, diserang, tidak makan berhari-hari dan sebagainya yang pasti tidak mampu untuk AKU lalui … Baginda adalah kekasih Allah tetapi masih diduga dengan pelbagai dugaan.

Kita lihat insan yang berjaya dalam politik, kerjaya, perniagaan dan sebagainya pasti melalui masa susah sebelum mereka berjaya. Bagi AKU kesusahan itu adalah ubat yang terbaik untuk kita jadi sihat dan berjaya. Lihat lah sekeliling kita … ubat itu mesti rasanya pahit dan tak sedap. Tapi kalau yang sedap seperti gula dan makanan yang sedap-sedap berlemak tu pasti akhirnya mengakibatkan penyakit yang pelbagai jika diambil berlebihan.

Begitu juga keadaan negara kita ni jika dipandang dari sudut yang berbeza … kita sudah senang lenang bertahun-tahun. Sekarang ini diduga dengan kesusahan untuk kejayaan yang lebih baik sekiranya Pemimpin & Rakyat Malaysia boleh melalui dengan sabar dan melakukan tindakan-tindakan yang wajar… Tetapi jika tidak maka ini akan menjadi bencana kejatuhan suatu Bangsa Malaysia. Janji Allah bahawa dia hanya akan menguji umatnya atas kemampuannya untuk menanggung ujian tersebut…Allah tidak akan menguji apa yang tidak mampu kita lalui.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: