Skip to content

Kegawatan Ekonomi Dunia & Mikro Ekonomi

February 16, 2009

Dunia sedang dilanda kegawatan ekonomi yang parah. Setiap negara mengunakan kemahiran tersendiri untuk merangsang ekonomi dalaman. Kita juga secara peribadi mesti merancang untuk merangsang ekonomi keluarga kita.

Tidak perlu fikir projek besar-besar.

Aku bukan lah pakar ekonomi tapi suka memerhati. Aku sering ke Indonesia untuk melancung dan berbisnis. Setiap kali aku order nasi goreng walau di mana di Indonesia pasti ada keropok samada yang kecil atau yang besar. Bagi aku ini idea kreatif walaupun simple. Cuba kita fikirkan apabila beberapa keping keropok terhidang di atas setiap nasi goreng, siapakah yang mendadapat manafaat dalam sudut ekonominya. Sudah pasti yang menjual nasi goreng, yang menjual keropok, yang menghantar keropok, yang membuat keropok, yang menjual bahan-bahan untuk membuat keropok, yang menghasilkan bahan-bahan untuk membuat keropok sehingga yang menjual petrol untuk mengangkut bahan-bahan semuanya mendapat faedah. Bagi aku ini disebut sebagai Mikro ekonomi yang memberi kesan yang besar pada ekonomi sesebuah negara.

Baru-baru ini aku terjumpa satu blog Anisha Online Mall yang mempromosi Stokin Wudhu dan mengajak kita bersama-sama menjadi Usahawan Menjual Stokin Wudhu. Aku rasa ni projek unik dan pasti berjaya. Dalam kegawatan ni kita mesti cari projek yang unik, simple dan bermodal kecil. Insyallah aku nak buat projek ni. Peluang pasaran Stokin Wudhu ini terlalu luas untuk semua Muslimah di dunia ni. Dari survey yang aku buat Stokin Wudhu dah ada di pasaran kira-kira setahun tetapi masih ramai yang belum tahu lagi. Bayangkan berapa puluh juta muslimah yang ada…cuma aku kena plan betul-betul cara pemasaran….semuga aku sukses…Insyallah. Ini pun bagi aku sebahagian dari Mikro Ekonomi.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: