Skip to content

Keruntuhan Ekonomi Dunia : Apakah Stimulas Package ANDA?

February 24, 2009

Setiap hari kita tidak akan lari dari mendengar cerita keruntuhan ekonomi. Dari Amerika ke Eropa dan jika mengikut jangkaan PM Singapore dalam tempoh 6 bulan lagi akan melanda Asia. Kita tak boleh lari dari dilanda keruntuhan ekonomi dunia kerana setiap negara mempunyai jaringan ekonomi.

Mungkin di negara ini kita tidak merasa sangat kerana kita masih sibuk dengan soal POLITIK yang tidak habis-habis setelah pilihanraya yang lalu.

Rakan-rakan bangunlah dan bersedialah untuk menghadapi keruntuhan ekonomi yang MAHA dahsyat. Lihatlah betapa teruknya ekonomi Amerika dan Eropa sehingga mesti mengeluarkan stimulas package yang bernilai Trillion Dollar tetapi masih juga tidak nampak cahaya penyelesaian.

Dalam Al-Quran dalam surah Yusof telah di ceritakan bagaimana sejarah menunjukkan bahawa kita tidak akan senang selama-lamanya. Semasa zaman senang kita mesti bersedia untuk melalui zaman susah.

Sudah pasti beratus ribu malahan mungkin jutaan warga akan kehilangan mata pencarian dan pekerjaan. Yang paling utama kita mesti mempersiapkan MINDA kita dan keluarga kita terutama anak-anak yang tidak pernah merasa zaman susah. Kita mesti menerima hakikat ini sebagai dugaan dari ALLAh setelah begitu banyak kerosakan yang dibuat oleh manusia di Dunia ini.

Apa yang AKU ingin lakukan :

1. Menambah ilmu terutama ilmu mendekatkan diri dan mencari ALLAH.
2. Sentiasa berdiskusi dengan keluarga untuk sentiasa update keadaan ekonomi keluarga kerana ianya perlu dihadapi bersama-sama.
3. Mengubah cara berbelanja dengan perbelanjaan lebih hemat iaitu berbelanja pada yang perlu sahaja dengan memilih kehidupan, pakaian dan makanan yang lebih sederhana.
4. Terus bekerja tanpa henti tapi lebih kreatif dan smart.
5. Maksimumkan menggunakan internet broadband dan wireless untuk berniaga online dan pengurusan kehidupan seperti pengurusan bil dan internet banking yang pasti boleh menjimatkan kos, masa dan meningkatkan keuntungan.
6. Dan yang paling penting berazam tidak tinggalkan solat malam dan solat duha kerana inilah kunci kepada rezeki.

Adakah ANDA ada rancangan??

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: