Skip to content

Seks Pagi Hari

March 27, 2009

Seks ni memang pekara yang sangat sensitif dalam masyarakat Melayu untuk dibicarakan secara umum. Mungkinkah ketidak terbukaan masyarakat kita menyebabkan banyak masalah sosial di kalangan remaja dan keruntuhan rumahtangga melanda kita sekarang. Kita sering mendengar masalah seks bebas yang mengorbankan bayi-bayi yang dibuang sesuka hati. Statistik peceraian yang tinggi juga disebabkan oleh masalah ketidakpuasan seks.

Seks memang kemahuan naluri setiap manusia anugerah Allah. Dan kerana itu Islam mewajibkan perkahwinan untuk mengesahkan seks secara halal. Alhamdulillah Aku dan wife memang open tentang seks ni. Kami sering berbincang untuk memastikan kelancaran hubungan intim. Aku sentiasa memastikan my wife puas apabila bersama jadi untuk itu aku mesti banyak membaca untuk menambah ilmu. Banyak yang aku terbaca bahawa suami lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan bahawa Isteri juga ada kemahuan untuk kepuasan seks.

Sekarang ni pun terdapat pelbagai produk yang boleh membantu meningkatkan kemampuan seks samada untuk lelaki atau wanita. Waktu melakukan seks juga penting untuk mendapat kepuasan yang maksimum. Baru-baru ini aku terbaca kelebihan seks awal pagi…so nak kongsi sikit kat teman-teman.

Seks pagi hari banyak kelebihannya. Kajian yang diterbitkan dalam New Scientist pula menyebut dua kali seks pagi hari dalam tempoh seminggu berupaya meningkatkan IgA, antibodi yang membekalkan pertahanan tubuh terhadap mikrob. Seks di pagi hari juga mengurangkan risiko artritis dan migrain. Ia membakar sekitar 300 kalori sejam yang mengurangkan risiko diabetes. Kajian ke atas 300 wanita aktif menjalankan hubungan intim juga mendapati mereka kurang mengalami masalah kemurungan.

Hubungan intim di waktu pagi juga berupaya meninggikan pengeluaran testosteron yang memberikan kekuatan kepada tulang dan otot sekali gus membantu mengurangkan osteoporosis. Sesi intim yang baik di pagi hari membuatkan rambut dan kulit bersinar hasil daripada rembesan estrogen dan lain-lain hormon yang berkaitan.

~Terima Kasih~
Azman – AzmanIshak.Com
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: