Skip to content

BN -1 PAKATAN – 2

April 8, 2009

Keputusan pilihanraya telah diumumkan dan keputusannya BN-1 PAS-1 PKR-1. Tiada keputusan yang mengejudkan kerana kerusi ini memang dipegang oleh parti-parti yang telah menang. BN mengharapkan kemenangan di Bkt Gantang dan Bkt Selambau setelah berlaku perubahan kuasa tetapi tidak menjadi kenyataan.

Bagi Aku awal-awal lagi dah menjangka BN tidak akan menang di Bkt Gantang kerana faktor Nizar….pasti banyak undi kesian dari pengundi atas pagar.

Perubahan kuasa dari Pak Lah kepada Najib dah nampak cantik tetapi kemasukan Chedet mengubah sedikit kelancaran. Perkataan transformasi yang digunakan oleh Najib nampak tersekat sikit dengan kemasukan Chedet semula ke UMNO yang terlalu diheboh-hebohkan. Tak salah Chedet kembali semula ke UMNO tapi tak perlulah diheboh-hebohkan sangat kerana ini bukan zamannya lagi dan sedikit sebanyak seperti menunjukkan kelemahan Najib.

2 hari terakhir BN telah salah menggunakan taktik yang Aku fikir dulu digunakan dizaman Chedet iaitu dengan menyiarkan kembali ucapan Anwar selama 2 hari berturut-turut dan mengeboh-hebohkan soal bacaan Al-Quran oleh DAP. Isu Al-Quran tidak akan membuat ahli PAS mengundi BN tetapi menyebabkan pengundi bukan Islam bertukar arah menyokong Pakatan. Isu propaganda Anwar adalah taktik lama yang memang sudah ditolak oleh pengundi muda.

Kehadiran Chedet di Bkt Gantang dan Bkt Selambau juga seolah-olah menunjukkan kelemahan Muhyiddin menguruskan jentera BN. Bagi Aku zaman Chedet sudah berakhir, biarlah jasanya kenang sebagai jasa. Najib ingat pesan Pak Lah jangan kembali kezaman lampau jika ingin terus berjaya kerana masyarakat sekarang telah berubah sejajar dengan perubahan masyarakat global.

Aku menunggu barisan kabinet Najib…adakah ianya akan mengambarkan transformasi seperti yang Najib janjikan???

~Terima Kasih~
Akakya – Inilah aku..YAYA
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: