Skip to content

Blog Politik Malaysia

April 20, 2009

3-4 hari ni aku mengabiskan masa buat blog walking ke blog politik Malaysia. Woow punyalah banyaknya dari blog yang penyokong Barisan, Blog penyokong Pakatan, Blog penyokong UMNO, Blog penyokong PKR, blog penyokong PAS, blog penyokong DAP dan ada juga blog politik yang bebas dan sukakan keamanan.

Blog politik yang paling tinggi trafiknya sekarang adalah chedet, 1Malaysia, AnwarIbrahim dan banyak lagi blog politik yang high ranking dan kritis. Setiap kumpulan bermati-matian menegakkan pendirian dan kepercayaan masing-masing. Aku tak pernah mengkelaskan blog aku sebagai blog politik tetapi sesekali sebagai warga negara yang peka aku suka juga nak tulis cerita politik dari pandangan mata hati aku.

Tapi aku yakin walauapapun yang aku tulis tak akan merubah pefikiran penyokong-penyokong parti politik sebab aku orang kecil. Titah Sultan Perak yang inginkan jangan berpolitik berlebihan pun belum tentu di hormati inikan pulak aku. Cuma aku pelik bin ajaib dalam dunia bebas berintenet ni ada dikalangan penulis menggunakan bahasa kesat dan menukar nama pemimpin seperti Najib kepada Najis dan sebagainya. Adakah internet ini bermakna kita juga bebas membelakangkan ajaran Islam? Salah satu sifat Rasul yang berjaya mengembangkan Islam keseluruh dunia adalah Iqrom Muslimin iaitu berbuat baik bukan sahaja kepada Islam tetapi juga kepada bukan Islam.

Firman Allah Surah Al-Imran ayat 26 yang sebahagian ertinya “Allah berikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang Allah kehendaki dan Allah cabut kekuasaan dari sesiapa pun yang Allah kehendaki. Allah muliakan siapa pun yang Allah kehendaki dan Allah hinakan siapa yang Allah kehendaki. Ditangan Allahlah segala kebajikan. Sesungguh, Allah Mahakuasa atas segalanya sesuatu“.

Membaca ayat ini menjadikan aku lebih suka bersederhana dalam hidup. Berpolitik tidak salah tetapi batasan Islam jangan dilupakan. Akhirnya penentuan Qada dan Qadar adalah daripada Allah SWT dan kita wajib beriman padanya jangan yang dikejar tak dapat yang dijinjing perceceran. Musuh-musuh Islam menunggu sahaja keruntuhan sebuah lagi negara Islam.

~Terima Kasih~
CikguPj – Minda CikguPJ
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: