Skip to content

Jangkitan Selsema Babi

April 27, 2009

 Petikan Utusan MalaysiaAngka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.
Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan. – Reuters

 Firman Allah surah Fussilat ayat 9 -13 yang ertinya : Katakanlah, “Bolehkah kamu ingkar kepada Tuhan yang mencipta bumi dalam 2 masa dan kamu adakan pula sekutu-sekutu bagi Nya? Itulah Tuhan seluruh alam”. Dan Dia ciptakan padanya gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dan kemudian Dia berkahi, dan  Dia tentukan makanan-makanan bagi penghuninya dalam 4 masa, memadai untuk memenuhi keperluan mereka yang memerlukannya. Kemudian Dia menuju ke langit dan langit itu masih berupa asap lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi “Datanglah kamu berdua menurut perintah Ku dengan patuh atau terpaksa”. Keduanya menjawab “Kami datang dengan patuh”. Lalu dicipta Nya 7 langit dalam 2 masa dan pada setiap langit Dia wahyukan urusan masing-masing. Kemudian langit yang dekat dengan bumi, Kami hiasi dengan bintang-bintang dan Kami ciptakan untuk memelihara. Demikianlah ketentuan Allah yang Mahaperkasa. Maha mengetahui. Jika mereka berpaling maka katakanlah “Aku telah memperingatkan kamu akan bencana petir yang menimpa kaum Ad danSamud“.

Photo Ikhlas Pbase.com

Allah telah menurunkan pelbagai bencana di atas muka bumi seperti Tsunami di Aceh, gempa bumi di China, katrina di USA, ribut besar di Bangladesh dan banyak lagi bencana yang menelan mangsa ratusan ribu tetapi Adakah umat manusia mengambil pengajaran dari Nya?  Atau kita bertambah angkuh mengejar harta, kuasa dan pangkat dengan meninggalkan ajaran Allah yang telah diturunkan melalui Nabi Muhamad saw.

Firman Allah surah Al-Hadid ayat 22 yang ertinya : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.

Adakah Selsema Babi @ swine flu ini suatu lagi bencana yang akan menelan jutaan umat manusia seperti yang dijangka oleh ramai ahli saintis bahawa akan berlaku suatu wabak virus  dalam dekad terdekat ini yang akan membunuh jutaan manusia.

Photo Ikhsan Hubblesite

Firman Allah surah Ar-Rahman ayat 37-38 yang ertinya : Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Menangi Hadiah RM500 di sini

~Terima Kasih~
Paan – FarhanFirdaus
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: