Skip to content

1Malaysia

May 11, 2009

Firman ALLAH swt surah Al-A’raf ayat 100 yang ertinya :

Atau apakah belum jelas bagi orang-orang yang mewarisi suatu negeri setelah (lenyap) penduduknya? Bahawa kalau Kami menghendaki pasti Kami seksa mereka kerana dengan dosa-dosanya dan Kami mengunci hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar pelajaran.

Petikan wawancara bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Angkasawan pertama Malaysia :

Bagi saya kita harus berfikiran jauh dan bukannya memendekkan akal ini. Saya sebenarnya bukanlah ke bulan tetapi ke angkasa lepas dan menggalas segala tanggungjawab yang diberikan. Dugaan yang hadir dalam hidup tidak sekali digentari, saya sudah lihat dengan dua pasang mata betapa kecilnya kita di bumi ALLAH ini.  Bermakna setiap masalah yang timbul saya anggap hanya secebis kuman, kerana ALLAH lebih mengetahui kebenarannya.

1Malaysia adalah gagasan yang dibawa oleh Dato’ Seri Najib untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih terurus. Barah yang disuntik oleh Penjajah semakin parah dimana isu perkauman menjadi semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Selogan DEMOKRASI bebas yang di pelopori BARAT menjadi desakan kepada sistem pemerintahan Demokrasi Raja Berperlembagaan yang telah lama diamalkan di Malaysia.

Kita hanyalah manusia kecil di atas muka bumi dan tidak kelihatan pun kalau dilihat dari angkasa. Begitu kecilnya diri kita di sisi ALLAH tetapi kita setiap hari merasakan besarnya diri ini. Pergolakkan yang terus berlaku dikalangan ahli-ahli politik Malaysia sepertinya mereka tidak merasa bahawa diri mereka di lihat oleh ALLAH yang telah membinasakan banyak negeri-negeri terdahulu akibat kesombongan manusia itu sendiri.

1Malaysia yang aku impikan adalah Malaysia yang aman dan tenteram serta umat Islam nya bersatu hati memimpin kaum-kaum lain. Jangan sampai kaum-kaum lain memimpin kita kerana berdasar pengalaman aku yang sering melawat di negara lain..susahnya umat Islam jika negara yang didiami itu di pimpin oleh bukan Islam.


Apakah 1Malaysia yang ANDA inginkan…kongsikan mungkin ada yang mendengar!!!

Menangi Hadiah RM500 di sini

~Terima Kasih~
Zul  – Zul’s Blog
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: