Skip to content

Demokrasi Sudah Mati..sudahlah tu….

May 13, 2009

Setelah Hakim Makamah Rayuan menerima rayuan Dr. Zamry (BN kata ni Menteri Besar, Perak) vs Hj. Nizar (PAKATAN kata ni Menteri Besar, Perak) banyak pulak blog yang post artikel bahawa demokrasi di Malaysia sudah mati. Sehari sebelum itu setelah Makamah Tinggi memberi kemenangan semua blog Pakatan bersorak sakan tanda kemenangan. DSAI dalam blognya juga mengalu-alukan kemenangan Hj. Nizar.

Bagi aku apa yang berlaku di Perak itu adalah tanda Demokrasi hidup subur. Jangan pulak apabila keputusan memihak kepada kita maknanya demokrasi hidup tetapi jika tidak memihak kepada kita maka demokrasi sudah mati. Merujuk pilihanraya Amerika hujung tahun 2008, Obama hanya menang 7% undi popular (peratusan undian individu) dan John McCain menerima dengan baik dan tidak pernah mempersoalkan kekalahannya dan terus mengokong untuk memulihkan ekonomi Amerika.

Di Malaysia pada PRU12 kerajaan memerintah menang majoriti mudah dan mempunyai hak membentuk kerajaan tetapi pihak pembangkang terus berpolitik seperti tidak menerima kekalahan. Suatu ketika ketua Pembangkang telah mengumumkan bahawa 31 MP BN akan melompat ke Pakatan dan sebenarnya ini permulaan segala masalah. Sebenarnya kita, ahli politik dan penyokong ahli politik masih belum matang berDEMOKRASI tidak seperti di Amerika dan Eropa.

Dalam suasan ekonomi dunia yang tidak menentu dan lebih dari 30,000 pekerja sudah hilang pekerjaan…sudahlah tu..jangan terlalu berpolitik sangat…wahai ahli politik tolonglah berada di padang membantu RAKYAT yang kesusahan…kita tau ahli POLITIK semuanya kaya-kaya belaka tapi RAKYAT miskin looo.

Ini petikan erti DEMOKRASI yang di petik dalam bahasa Indonesia di Wikipedia untuk renungan kita :

Demokrasi adalah bentuk atau mekanisme sistem pemerintahan suatu negara sebagai upaya mewujudkan kedaulatan rakyat (kekuasaan warganegara) atas negara untuk dijalankan oleh pemerintah negara tersebut. Kedaulatan rakyat yang dimaksud di sini bukan dalam arti hanya kedaulatan memilih presiden atau anggota-anggota parlimen secara langsung, tetapi dalam arti yang lebih luas. Suatu pemilihan presiden atau anggota-anggota parlimen secara langsung tidak menjamin negara tersebut sebagai negara demokrasi sebab kedaulatan rakyat memilih sendiri secara langsung presiden hanyalah sedikit dari sekian banyak kedaulatan rakyat. Walapun perannya dalam sistem demokrasi tidak besar, suatu pemilihan umum sering dijuluki pesta demokrasi. Ini adalah akibat cara berpikir lama dari sebagian masyarakat yang masih terlalu tinggi meletakkan tokoh idola, bukan sistem pemerintahan yang bagus, sebagai tokoh impian ratu adil. Padahal sebaik apa pun seorang pemimpin negara, masa hidupnya akan jauh lebih pendek daripada masa hidup suatu sistem yang sudah teruji mampu membangun negara. Banyak negara demokrasi hanya memberikan hak pilih kepada warga yang telah melewati umur tertentu, misalnya umur 18 tahun, dan yang tak memliki catatan kriminal (misal, narapidana atau bekas narapidana).

Apa pandangan ANDA???

Menangi hadiah RM500 di sini 

~Terima Kasih~
ibnmasir – LepaQ sambil berpiQir
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: