Skip to content

Malaysia negara Islam satu metos

May 20, 2009

Minggu lepas saya ada berkongsi idea saya tentang 1Malaysia. Ada beberpa komen yang membina dan harapan mereka keatas gagasan 1Malaysia. Saya tertarik dengan komen abe_fatih tetapi malangnya beliau tidak meninggalkan jejak laman blog atau email. Komen beliau :

Bagi saya, tidak kiralah 1 apa sekalipun, jika Islam bukan dasarnya maka sama juga. Bukan memperlekehkan konsep itu tapi untuk menilai kembali ke arah mana perjuangan konsep itu. Nak menegakkan Islam bagaimana jika pemimpin bukan dari kalangan yang faham dan mahu amalkan agama dalam diri sendiri, keluarga, dan masyarakat. Kenapa tidak 1Malaysia itu cita-cita jangka panjangnya adalah mahu menegakkan hukum Islam sebagai undang-undang yang utama?

Saya bersetuju dengan komen abi_fatih, sebagai umat Islam apa lagi yang terbaik selain dari undang-undang ALLAH swt yang telah terbukti boleh membawa hidayah kepada dunia dan seisinya.

Dalam suasana di Malaysia siapa yang boleh kita harapkan? Mungkin dulu aku boleh mengharapkan kepada PAS. Tapi PAS dulu lain PAS sekarang lain. Keyakinan untuk menjadikan ISLAM sebagai landasan mungkin sebagi metos sahaja bagi PAS sekarang kerana kalau PAS yakin seyakin yakin nya kepada dasar ISLAM sudah pasti PAS tidak akan berpakat dengan musuh ISLAM..tetapi aku yakin PAS ada alasannya sendiri terutama TG Nik Aziz, yang tidak meyakinkan aku dan ramai lagi diluar sana. Bagi aku kalau kita yakin kepada ALLAH swt seyakin yakinnya pasti perjuangan Islam diteruskan tanpa perlu berpakat dengan kumpulan yang sudah jelas menentang ALLAH swt.

Rasulullah saw bersabda yang ertinya :

Allah swt mengatakan bahawa Aku (Allah) sentiasa berada menurut sangka dan keyakinan hambaku terhadap Aku, dan Aku selamanya besertanya.

Harapan aku semuga suatu hari ALLAH swt akan turunkan pemimpin yang akan membawa Malaysia ke atas landasan ISLAM yang sebenarnya…berdasar Al-Quran & Hadith tanpa perlu berkompromi dengan musuh-musuh Islam. Biar kita memimpin jangan kita dipimpin oleh musuh-musuh Islam.

~Terima Kasih~
Azizwan – World of Mohd Azizwan
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: