Skip to content

Isu PKFZ : DUIT! DUIT! kemana kau DUIT!

May 30, 2009

Firman ALLAH swt surah Al-Ankabut ayat 62 yang ertinya :

ALLAH melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia pula yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.

Ringgit, Dollar, Dinar, Riyal, Peso, Rupiah, Euro, Renmimbi, Dong, Dirham, Franc, Pound, Rupee, Yen dan banyak lagi adalah panggilan kepada DUIT untuk sesebuah negara. Dalam zaman moden ini manusia menganggap DUIT itu sebagai rezeki yang diusahakan, dicari dan dikejar setiap saat. Kenapa aku cakap setiap saat lihatlah pada pasaran saham akan ditutup mengikut waktu pasaran sesebuah negara tetapi pasaran DUIT atau lebih dikenali sebagai FOREX tak pernah tutup bergerak setiap saat 365 hari setahun.

Dari DUIT lah timbul istilah kekayaan dan kemiskinan. Manusia sanggup menipu kerana DUIT. Perkataan RASUAH juga wujud kerana adanya DUIT. POLITIK WANG untuk mengejar jawatan di dalam parti-parti politik juga kerana DUIT. Isu PKFZ yang hangat sekarang ni pun akibat DUIT. Manusia lupa keluarga dan lebih parah lupa ALLAH kerana DUIT.

DUIT ini rezeki dari ALLAH untuk ALLAH. Manusia ini hanyalah perantara sahaja. Setiap DUIT yang kita dapat bukanlah hak kita kesemuanya. Sebahagiannya adalah untuk yang memerlukan melalui zakat, sedekah dan infak. Janji ALLAH setiap DUIT yang kita zakat, sedekah dan infak dengan ikhlas insyallah rezeki yang berlipat kali ganda menunggu kita jika tidak di dunia PASTI di akhirat.

Firman ALLAH swt surah Al-Baqarah ayat 212 yang ertinya :


Dan Dia memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

DUIT! DUIT! kemana kau DUIT


Kongsikan KOMEN anda tentang DUIT…dan aku juga rancang nak bagi DUIT kepada pelawat aku yang ke 11,111 tunggukan pengumumannya.

~Terima Kasih~
Azizwan – Azizwan.com
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: