Skip to content

TAKUT untuk BERJAYA!!!

June 30, 2009

“SIAL betullah RUGI lagi” ..tu lah kata yang terlontar dari mulut kawan aku semalam.
“Kenapalah KAU ni BODOH sangat markah semunya merah je” .. minggu lepas aku dengar jiran aku marahkan anaknya.
“CELAKA betullah upline ni dia kaya aku ni tak dapat apa pun” … bulan lepas aku dengar sepupu aku komplen Upline MLM dia.
“Malang betullah nasib aku asyik-asyik tak dapat TENDER” … dua bulan lepas kawan kontraktor aku merungut.

Semua tu bagi aku keluhan KEGAGALAN. Buruk sangat ke KEGAGALAN ni. Ada orang bijaksana kata KEGAGALAN ini adalah langkah pertama kepada KEJAYAAN. ALLAH swt pula berfirman dalam banyak ayat Al-Quran “Tidak beriman kamu selagi kamu belum diuji”. KEGAGALAN itu pasti ujian ALLAH. Mungkin juga KERUGIAN wang ringgit adalah suatu proses untuk ALLAH swt membersihkan harta benda yang kita miliki yang hanya kita sahaja tahu asal usulnya.

Kita sering membandingkan KEGAGALAN kita dengan mereka yang telah BERJAYA dan terus merasa KECEWA sehingga ada yang lansung berTAUBAT tak nak buat lagi. Pernahkah kita belajar dari mereka yang telah BERJAYA bagaiman pengalaman jatuh bagun mereka? Daripada pembacaan aku tidak ada JUTAWAN yang berjaya tanpa melalui KEGAGALAN.

Ingat pesan ALLAH swt bahawa DIA hanya menguji hambanya dengan ujian yang termampu oleh hambanya. KEGAGALAN adalah sebahagian dari kehidupan untuk menuju KEJAYAAN yang lebih hebat. Kalau kita TAKUT KEGAGALAN bermakna juga kita TAKUT UNTUK BERJAYA. Janji ALLAH swt bahawa DIA hanya menguji dengan KEGAGALAN yang termampu oleh kita. JANGAN TAKUT DENGAN KEGAGALAN dan jangan menyalahkan orang lain bila kita GAGAL.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: