Skip to content

Ronaldo seNILAI RM462 juta …ANDA berapa??

July 8, 2009

Nilai kontrak Cristiano Ronaldo bersama Real Madrid selama 6 tahun bernilai 93 juta pound (RM462 juta) dengan gaji setahun bernilai 13 juta pound (RM65 juta). Ronaldo menjadi pemain bola sepak bergaji termahal di dunia.

Beberapa tahun yang lepas aku menghadiri seminar motivasi. Penceramah minta kami semua menganggarkan Gaji mengikut prestasi pembelajaran. Secara purata berikut adalah hasilnya :

1. SRP : RM500 – 700
2. SPM : RM700 – 800
3. STPM : RM800 – 1000
4. DIPLOMA : RM1000 – 1300
5. IJAZAH PERTAMA : RM1800 – 2100
6. MASTER : RM2500 – 3500
7. PHD : RM4000 – 7000

Kesimpulan yang terhasil bahawa masyarakat telah menetapkan NILAI Manusia mengikut prestasi pelajaran sehingga ramai yang terperangkap dengan angka tersebut. Tahap pelajaran adalah hanya sebagai batu loncatan untuk kita menjadi Manusia yang lebih berjaya.

Lihat sahaja Ronaldo, Bill Gates, Mark Zuckerberg, Warren Buffett, Syed Mokhtar Al-Bukhary, adakah mereka diNILAI mengikut tahap pelajaran mereka. Ramai anak bangsa kita menjadi rendah keyakinan diri hanya kerana mereka berkelulusan rendah. Mereka telah terperangkap dengan angka di mana jika kita belajar tahap SPM maka GAJI kita sekadar RM700 – 800 sahaja.

Pelajaran itu sangat penting tetapi jangan pula kita menghadkan kemampuan kita sekadar mengikut tahap kelulusan kita. Sebenarnya kita mampu mencapai tahap yang lebih baik daripada apa yang kita fikirkan dengan bekerja lebih kuat, kreatif dan inovasi. Tiada kejayaan tanpa Pengorbanan dan Tidak mustahil ANDA menjadi next MARK ZUCKERBERG!!!

~Terima Kasih~
Kuina – Bicara Santai Jentayutiara
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: