Skip to content

PPMSI Mansuh : Bahasa SMS ganti Inggeris

July 9, 2009

Aku dulu sekolah kampung, cikgu yang ajar Inggeris tu pun tak berapa faham bahasa Inggeris. Akibatnya aku memang bangang bahasa Inggeris ni sampai lah masuk U. Nasib baik sikit selepas SPM aku attend kursus khas bahasa Inggeris. Di U aku ambil bidang bio-medical jadi 98% buku rujukan dalam bahasa Inggeris, kalau ada buku terjemahaan Bahasa Melayu pun dah out dated…tak macam di Indonesia, Jepun, Korea, China yang cepat menterjemah buku-buku Inggeris.

Sekarang anak-anak aku tadika pun dah pandai Bahasa Inggeris. Anak saudara aku yang tinggal di bandar berprestasi bagus tapi anak saudara aku yang di kampung sedih dah lah emak bapak dia tak boleh nak bantu, cikgu yang megajar pun lemah bahasa Ingggeris.

Yang untung dengan polisi PPMSI adalah anak-anak Cina dan India di bandar serta golongan pertengahan Melayu dan yang rugi pulak adalah anak-anak Melayu di kampung yang terus tak faham dan ketinggalan bukan sahaja bahasa Inggeris tapi juga matematik dan Sains.

Yang untung apabila PPMSI dimansuhkan adalah anak-anak di kampung jadi mereka dikatakan akan lebih faham belajar Matematik dan Sains tapi tetap kurang pandai bahasa Inggeris dan juga untung ahli-ahli POLITIK yang terus mempolitikkan PENDIDIKAN anak-anak sejak beberapa dekad yang lepas. Mungkin bangsa lain juga suka melihat orang Melayu terus ketinggalan.

Tapi tak apalah PPMSI dimansuhkan 2012 jadi sempat lah anak aku yang bongsu belajar dalam bahasa Inggeris 3 tahun lagi. Selepas tu pandai-pandai lah….cuma aku pernah rasa berdiri tak sama tinggi duduk tak sama rendah…rasa rendah diri kerana tak pandai berbahasa Inggeris bukan sahaja ketika belajar juga ketika berkerjaya. Joom lah kita guna bahasa SMS lagi mudah…..

~Terima Kasih~
Kuina – Bicara Santai Jentayutiara
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: