Skip to content

Mereka yang dinilai di NILAI.

July 17, 2009
 
 Gambar sumbangan : Sepohon Kayu

Petikan dari blog WAADAT (dengan sedikit ubahsuai berdasar pengalaman) : Minggu lalu, berlangsung perhimpunan jemaah tabligh di Nilai NS. Lebih 200 ribu yang hadir. Tuanku Yang DiPertuan Agong, Tuanku Yang DiPertuan Besar NS, Najib, Muhyidin, TG Nik Aziz, DSAI turut meluangkan masa menyertainya, biarpun sebentar.

Semalam, sebelum Ustaz Fuad Al-Maliki menyampaikan ceramah Isra’ Mikraj, Ustaz Mustafa selaku pengelola berkongsi pengalaman beliau di Nilai. Menurut beliau, terdapat 14 buah khemah jemmah tempatan dan 2 khemah jemaah luar negara disediakan dan setiap khemah boleh menampung seramai 10 ribu orang.

Biaya bagi khemah untuk 4 hari ialah RM1.8 JUTA!

Walaupun RM1.8 juta tersebut kelihatan begitu besar, namun jika dibahagikan kepada 200 ribu peserta, setiap orang akan dapat RM9 sahaja. Jika kita balikkan, walaupun RM9 itu tidak besar namun jika kita kumpulkan daripada 200 ribu, orang, kita akan dapat RM1.8 juta. Cuba bayangkan, demikianlah hebatnya jika kita bersatu.

Ustaz Mustafa memaklumkan bahawa khemah-khemah tersebut didermakan oleh seorang JUTAWAN!

Kos untuk makanan pula sebanyak RM1.5 juta sehari. Walaupun jutawan tersebut berhasrat untuk membiayainya namun pihak pengelola merasa tidak sanggup lagi menerima budi yang begitu besar dan mereka membuat keputusan berkongsi bagi menyediakan makanan. Jemaah  menderma RM10 untuk setiap dulang hidangan.

Marilah kita kembali mengikut perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Setiap manusia adalah khalifah Allah yang ada tanggungjawab yang perlu dilakukan dan akan diNILAI oleh ALLAH swt sekembali kita di alam kekal abadi kelak.

Semuga Ijtimak Malaysia diterima Allah swt dan memberi hidayah keseluruh alam samada yang di langit atau di bumi, yang di daratan dan juga di lautan.

Fadhilat Amal : Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hasad (irihati) melainkan dalam dua perkara iaitu hasad terhadap orang yang berilmu dan menggunakan ilmunya untuk kesejahteraan manusia dan hasad terhadap orang yang berharta dan menggunakan hartanya ke jalan Allah.”

~Terima Kasih ~
Precious – Precious
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: