Skip to content

Asia Ceramic Sdn Bhd

July 28, 2009

Sana-sini sibuk cerita Asia Ceramic Sdn Bhd dari dulu sehinggalah sekarang. Dulu kawan-kawan sibuk ajak join Asia Ceramic Sdn Bhd. Ramai juga kawan-kawan yang buat duit Ratusan Ribu di Asia Ceramic Sdn Bhd. Kawan-kawan yang buat duit di Asia Ceramic Sdn Bhd ni semua drive kereta besar dan pasti ada sticker Asia Ceramic Sdn Bhd di cermin belakang kereta mereka…promosilah tu.

Pada mulanya aku tak berniat nak cerita hal ni tetapi setelah terbaca di blog Azizworld dan Rohaizad (tahniah dicalonkan sebagai weblog popular 1Malaysia) terpanggil pulak nak sembang-sembang cerita ni. Kalau nak cakap aku tak pernah join program-program macam ni pasti TIPU kan…yang lebih hebat pun ada. Aku pernah main HYIP yang bagi pulangan lagi power sehingga mencapai 50 – 200 % dalam tempuh beberapa minggu. Bila main HYIP ni aku akan set dalam minda bahawa ni memang scam jadi aku akan main dalam jumlah yang kecil dan invest dilebih 3 syarikat. Jadi kalau 1 kantoi maka ada 2 lagi boleh back up.

Satu ketika dulu aku juga main program pelaburan online yang banyak di Malaysia. Aku gunakan sistem yang sama seperti akau main HYIP dimana aku invest dalam jumlah yang kecil di beberapa buah syarikat pelaburan online. Syarat utama untuk main game macam ni adalah JANGAN TAMAK dan mesti set dalam minda bahawa bila-bila masa owner boleh lari atau syarikat kena serbu dengan Bank Negara (BNM). Kalau nak main program pelaburan online ni kita mesti belajar dari sejarah lalu seperti kes Skim Pak Man Telo. Jangan main terjun je ikut perasaan….bukan senang nak jadi senang.

Kesimpulannya, aku memang tak join Asia Ceramic Sdn Bhd…sekali dah terkena tak kan nak terkena lagi…bak kisah Nabi jangan kita dipatut ular yang sama di tempat yang sama dua kali..tu namanya BODOH aku. Bagi yang dah kehilangan DUIT tu jangan salahkan orang lain anggaplah itu cara ALLAH swt nak bersihkan sumber rezeki yang datang dari sumber yang ragu.

Fadhilat amal : Firman Allah surah At-Thalaq 2-3 : “Siapa yang bertaqwa (Taat) terhadap Allah, nescaya Allah tunjukkan kepadanya jalan keluar (dari kesulitan) dan Allah akan beri ia rezeki dengan jalan yang tidak disangka-sangka.”

~Terima Kasih~
broSKL –  broSKL
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: