Skip to content

Hijrah dari baik kepada yang lebih baik

July 30, 2009

Pertengahan Ogos Liga Bola Eropah akan bermula. aku antara peminat bola walaupun orang tua kata aku Kaki Bangku…ha ha ha ..sabar je lah. Dalam tempoh rehat Liga Eropah yang paling ranjak berlaku adalah proses Hijrah Pemain dari satu kelab ke satu kelab yang lain. Antara Hijrah yang mendapat perhatian peminat bola :

1. Cristiano Ronaldo : MU ke Real Madrid
2. Kaka : AC Milan ke Real Madrid
3. Eto’o : Barcelona ke Inter Milan
4. Ibrahimovic : Inter Milan ke Barcelona
5. Tevez : MU ke M.City
6. Kolo Toure : Arsenal ke M.City
7. Adebayor : Arsenal ke M.City
8. Owen : Newcastle ke MU
9. Hleb : Barcelona ke Inter Milan
10.Karim Benzema : Lyon ke Real Madrid
11.Antonio Valencia : Wigan ke MU
12. Banyak lagi visit je kbsoccer

Hijrah pemain-pemain hebat dunia ini dari kelab yang baik kepada yang lebih baik dengan income yang lebih HEBAT yang melibatkan Nilai jutaan pound. Hijrah ini mesti daripada yang baik kepada yang lebih baik. Tapi aku teringat kes teman lama 5 tahun lepas dia berHijrah pekerjaan dan rugi gaji RM500 hanya kerana emosi sebab dia tak puashati dengan bos. Di mana-mana kita berada pasti ada masalah dan masalah menjadikan kita lebih matang dalam hidup.

Dalam politik apabila seorang ahli politik berpintah parti kita tak panggil Hijrah tetapi Lompat parti. Suatu parti sangat gembira apabila ada ahli parti politik dari parti lain lompat ke partinya tetapi jadi marah apabila ahli partinya melompat ke parti lain. Budaya Hijrah dalam dunia bola sepak sangat berbeza dengan budaya Lompat parti dalam politik.

Tak sabar nak tunggu Liga Bola sepak season baru ni. Tak mustahil dalam tempoh 2-3 minggu ini akan adalah Hijrah pemain yang sensasi…kita tunggu dan lihat.

Fadhilat amal : Firman Allah Surah Al-Nisaa ayat 100 : “Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

~Terima Kasih~
Azizwan – World of Azizwan
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: