Skip to content

Anak ku sorry NO TV

August 3, 2009

Kempen Kibar Jalur GemilangKempen Kibar Jalur Gemilang

Komen Rizal (kalau minat seni rotan Rizal adalah pakarnya) dalam entri aku Anak tak suka makan sayur :
Ni aku kena dulu.. Tak habis makan nasi ngan sayur atau lobak dalam hidangan mangkuk Kecik, TAK BOLEH MAIN @ Tgk TV. hahahaha. Muka masam cuka setengah hidup (tak nak guna mati) habiskan. Adik beradik aku ketawa tgk aku payah nak habiskan. kekeke

Anak-anak aku ni semakin kurang disiplin semenjak dua menjak ni. Dah mula lalai baca Al-Quran selepas subuh, dah mula lewat-lewatkan solat, dah mula tak patuh dengan jadual harian yang mereka buat sendiri, dah mula malas kemas bilik sendiri, dah mula banyak santai daripada buat latihan……..banyak masa sibuk menonton TV. Tapi alhamdulillah mereka dan semakin kerap bersugi…kerap bersugi boleh menajamkan fikiran dan terang hati.

Kalau dulu rajin juga aku rotan sesekali dengan NIAT mendidik bukan emosi ammarah bak kata perpatah sayangkan anak rotan-rotankan tetapi bila anak-anak dah mula membesar ni nak guna cara psikologi pulak kurangkan denda secara fizikal.

Jadi aku gunakan idea dari komen Rizal. Semalam aku dah terangkan pada anak-anak bahawa this week NO TV. Mereka diam je semasa aku explain denda yang aku kenakan kepada mereka. Kita sebagai ibubapa mesti ada kekuatan dan keberanian untuk bertindak demi kebaikan anak-anak kita di masa hadapan…setidak-tidaknya bila kita di alam kubur kalau tidak dapat doa dari anak-anak, tidak juga anak-anak kita menyusahkan kita dengan dosa-dosa yang mereka buat. Jangan rosakkan anak-anak kita dengan kasih SAYANG yang terlampau dan akhirnya menyusahkan kita di alam akhirat kelak.

P/S : Tunggukan update contest weblog popular 1Malaysia, pemenang penGOMEN terbanyak Julai dan Peluang buat duit dengan Denaihati untuk bulan Ogos bulan Merdeka.

Fadhilat Amal : Firman Allah surah Luqman, 17 : “Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.”

~Terima Kasih~
Azizan4444 – Tin Susu87
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: