Skip to content

Sedekah kunci KEJAYAAN dan KESELAMATAN

August 12, 2009

Semalam teman aku merungut, dia kata bisnis MLMnya untung tak seberapa tetapi hari-hari kena ketuk dengan downline, hari-hari kena belanja downline. Aku nasihat kat dia biasalah tu bila buat bisnis ni tak kira apa termasuk MLM mesti kena keluar modal dulu…kalau tak sanggup keluar modal manakan bisnis boleh sukses cuma yang aku tak setuju banyak kumpulan MLM ni kenakan bayaran belasan malah puluhan ribu untuk join bisnis MLM mereka. Yang aku fahamlah MLM ni bisnis bermodal kecil dan bila kita ikut sistemnya boleh memberi pulangan besar.

Aku masih ingat zaman dulu-dulu masa buat MLM kami berlumba-lumba nak belanja selepas makan beramai-ramai. Kami yakin betul setiapkali sesiapa belanja Allah akan bagi pulangan 100 kali ganda seperti firman Allah swt : “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui.” (Al-Baqarah, 261). Kami sentiasa ingat mengingati satu sama lain untuk menderma, sedekah dan infaq sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi kerana kami yakin rezeki yang kami perolehi bukan semuanya hak kami. Memang betul yang rajin belanja dan sedekah tu lah yang sukses…dan ramai dikalangan team kami yang sukses…Alhamdulillah.

Sedekah dan infaq ini adalah hak peribadi kita untuk persediaan di alam akhirat. Insyallah sedekah dan infaq yang ikhlas adalah antara 3 amalan yang berterusan walaupun kita sudah meninggal. Bayangkan jika kita sedekah untuk masjid, sekolah atau membantu pelajar belajar agama maka selagi masjid, sekolah dan ilmu pelajar itu ada selagi itulah kita mendapat pahala zaman berzaman walaupun kita sudah meninggal. Sedekah dan infaq tu bukan mesti Ringgit ribu-ribu atau ratus-ratus, RM0.10 pun boleh janji ikhlas.

Aku memang azam untuk sedekah setiap hari. Sekarang ni nak sedekah senang sangat di masjid ada tabung masjid dan tabung anak yatim. Kita juga boleh sedekah secara online dengan klik je online banking kita kepada yang memerlukan. Kepada yang nak melabur untuk akhirat teman-teman boleh juga menderma untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran ke akaun MBB 551191102792 (Sekolah rendah Agama Ghufran). Insyallah sedekah kita itu juga membantu menyelesaikan masalah dan melindungi kita dan keluarga dari wabak Selsema Babi @ H1N1.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: