Skip to content

Noordin Mohd Top ditahan ISA

August 13, 2009

Komen Bapak mertua Noordin Mohd Top setelah dia dan isteri Noordin serta 3 anak Noordin yang ditinggal selama 8 tahun tanpa jejak : “Apa nak jadi, jadilah …kita terima saja dan berserah pada Allah. Tidak mungkin kami dapat berjumpanya lagi…semua orang kini mencarinya. Kalau jumpa pun saya tak tahu mahu kata apa”

Aku cuma terfikir kalaulah Noordin Mohd Top kena tahan ISA mesti lain ceritanya, Insyallah isteri dan anaknya masih boleh berjumpa dan hanya menunggu masa sahaja bila dia dibebaskan walaupun sudah ditahan selama 8 tahun daripada menjadi pelarian entah di mana. Cerita dari dua teman aku bekas Jemaah Islamiah(JI), seorang teman Malaysia dah bebas dari tahanan 2 tahun ISA dan seorang lagi teman Indonesia dah insaf dan tak terlibat lagi, mereka memang dilatih untuk menjadi perjuang. Pada peringkat awal memang pada landasan yang betul tetapi lama kelamaan perjuangan tersimpang daripada matlamatnya.

Katanya semua senarai pengganas ini dikeluarkan oleh Amerika (Yahudi la tu kan) dan mereka berkuasa menangkap pengganas di mana sahaja di atas muka bumi ini seperti dua orang rakyat Malaysia Mohd Farik Amin atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashir Lep (Lillie) yang sedang ditahan di Teluk Guatanamo sejak 2003.

Kadang-kadang aku terfikir sebenarnya tahanan ISA di Malaysia untuk kes pengganas ini mungkin sebenarnya adalah untuk PERLINDUNGAN seperti kes Mas Selamat. Jika mereka ini ditahan dinegara bukan Islam dan dilabel sebagai pengganas pasti teruk kena…solat dan amalannya entah bagaimana?? Mungkin juga apabila nama mereka telah terkeluar dari senarai pengganas Amerika barulah mereka dibebaskan dari tahanan ISA dan selagi nama mereka ada dalam senarai mereka tidak akan dilepaskan kerana mungkin masih diburu oleh Amerika….MUNGKIN yang tak mustahil.

Hanya kerana takut dengan ISA akhirnya arwah Dr. Azhari dan Noordin Mohd Top menjadi pelarian dan mungkin dijadikan  bahan menyebab apabila berlaku pengeboman yang entah siapa yang lakukan….teringat firman Allah swt : “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..(Al-Baqarah,286) dan “Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia …”(Al-An’am,17). Harta, keluarga, kekayaan, kemiskinan, anak, perjuangan, kuasa, ISA, penjara, kesihatan dan bermacam lagi adalah ujian untuk manusia. Bagi mereka yang beriman dan bertaqwa apabila menghadapi ujian-Nya janji Allah swt : “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, maka dijadikan jalan keluar untuknya dan diberi rezeki dari jalan yang tidak diduga-duga.”(Al-Talaq, 2,3). Bila kita diuji oleh Allah mintalah tolong kepada Allah swt sahaja JANGAN sesekali meminta pertolongan dari makhluk atau manusia lain kerana firman Allah swt : “Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah, 5).

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: