Skip to content

Kesusahan melampaui pemikiran waras kita kat Malaysia

September 2, 2009

@ CPJ : Syabas sahabat, anda telah mengecapi nikmat kemerdekan, tapi masih ramai rakyat negara kita yang masih hidup dalam serba kekurangan ibarat sesetengah kita dalam tahun 60an…jauhlah berjalan dalam semua golongan, nescaya kita akan ketemu dengan apa yang kita tidak jangkakan…nasib merekalah yang harus dibela supaya bersama menikmati erti kemerdekaan yang dimaksudkan…

Aku sangat berminat dengan komen daripada Cikgu PJ dalam entri MERDEKA. Komen ini mengingatkan aku pada blog salah sorang teman yang sedang menguji iman jauh di negara orang katanya : Bangladesh ada 140 juta penduduk,hampir separuh dari orang lelaki tidak ada pekerjaan tetap.Sebetulnya kita kena bersyukur bila Allah lahirkan kita kat Malaysia.kita rasa kita susah korang belum tengok lagi kesusahan orang Bangladesh. Kesususahan mereka melampaui pemikiran waras kita kat Malaysia.

Dulu aku tertanya-tanya kenapa orang Indonesia, Bangladesh, Mynmar dan Vietnam sanggup mengadai nyawa untuk mencari rezeki di Malaysia. Setelah aku lihat sendiri baru aku faham betapa susahnya mereka di negara sendiri … nak kerja pun tak ada benda yang nak di kerjakan dan aku setuju dengan perkataan teman tu  “Kesusahan mereka melampaui pemikiran waras kita kat Malaysia”.

Kalau kita pergi ke pasar Chow Kit aku pelik kemana hilangnya perniaga Melayu kerana semunya telah bertukar tangan. Mungkinkah kita khasnya orang Melayu ibarat duduk dalam gelas. Lihat gedung besar, rumah besar, kereta besar, syarikat besar dan macam-macam lagi tapi bukan kita punya. Dulu orang Cina datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang seperti juga orang Indonesia tetapi kenapa mereka boleh BERJAYA. Mereka menguasai segala-galanya kecuali POLITIK.

Mari kita sama-sama fikirkan nasib bangsa kita ini dan mungkin kata-kata teman aku di blognya ini boleh dijadikan rujukkan : Hari ini kita beri macam macam alasan untuk amal agama sempurna dalam hidup kita.Tiada kuasa politik,tiada kuasa ekonomi ,tiada masjid yg sempurna ,tiada itu dan tiada ini.Kita menyalahkan banyak pihak salahkan pemimpin itu salahkan pemimpin ini,salahkan mak bapak dan macam macam sedangkan yang nak mati dan masuk kubur dan bertemu dgn malaikat munkar dan nakir adalah kita.

~Terima Kasih~
Precious – Weblog Popular 1Malaysia
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: