Skip to content

Infaq Untuk Pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran : Terima Kasih

September 11, 2009

Baki duit terkumpul daripada tajaan Al Ansar Properties sebanyak RM44.40 telah diinfaqkan ke projek pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran. Semuga semua yang menyumbang walaupun satu idea yang bernilai RM0.20 akan mendapat ganjaran di akhirat kelak dan dimurahkan rezeki di dunia.

Firman Allah swt surah Al Baqarah ayat 261 : “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui.

Kepada teman-teman yang berniat untuk menambah pelaburan akhirat di 10 hari terakhir Ramadhan ni bolehlah infaq kepada projek Pembinaan Sekolah Agama Ghufran. Detail ada di sidebar blog ni. Janji Allah swt untuk melipatkali gandakan ganjaran untuk setiap infaq dan sedekah adalah benar dan bagi mereka yang sudah menikmati pasti tidak akan berhenti untuk bersedekah dan infaq.

Berita gembira Al Ansar Properties (Projek Garden Villa, Klang) dan One Malaysia Blogshops (Direktori Blogshop Malaysia) akan menyambung tajaan RM0.20 untuk setiap komen untuk bulan September dengan syarat-syarat yang sama … selamat mencari Lailatul Qadar untuk semua.

~Terima Kasih~
Precious – Weblog Popular 1Malaysia
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: