Skip to content

Komen terBEST Ogos – Tahniah kepada Pemenang

September 15, 2009

Komen yang menarik bulan Ogos yang bernilai RM50 ditaja oleh Anisha Online Mall (Pemborong Stokin Wudhu Malaysia) adalah luahan rasa talrasha2007 di entri Kuasa Password yang boleh menjadikan kita Jutawaan :

@talsasha2007 : Minda separuh sedar ni memang hebat kalau kita sedar nak gunakan. Kadang-kadang kita perasan ada pelajar yang tak boleh berjaya capai apa yang dihajati sebab sudah selalu sangat kata dalam hati mcm “matematik ni susah”, ” aku tak pandai matematik” itu la dan ini la. Rizal mengajar pun kadang2 alami para pelajar yang mengeluh ” Encik Rizal, saya ni kalau bab2 mereka bentuk memang tak pandai..” sedangkan mereka bentuk bukanlah ilmu berdasarkan bakat 100%. Minda separa sedar ni boleh digunakan untuk positif kan dan majukan diri kita sebenarnya. Entri yang bagus ni.

Ada satu kisah, seorang ayah ada 2 orang anak, perempuan dan lelaki. Anak perempuannya study memang bagus bila exam selalu dapat top 3 tetapi anak lelakinya pulak selalu dapat top 3 dari bawah. Seorang rakan mencadangkan kepada si ayah ini untuk meransang minda separa sedarnya. Maka setiap hari sekembali dari sekolah si ayah akan tanya anak lelaki apa yang dibuat di sekolah. Apabila ada sahaja aktiviti yang baik si ayah  mengucapkan kata-kata tahniah dan mereka akan bertepuk tangan bersama-sama tanda penghargaan kepada si anak. Mereka lakukan setiap hari dan hasilnya memang memberangsangkan sehingga akhirnya anak lelakinya juga berjaya mencapai tahap top 5 setiap kali exam.

2 perkara yang kita boleh belajar iaitu kata-kata positif daripada si ayah telah merangsang minda separa sedar si anak dan tepukan tangan juga telah merangsang minda kreatif si anaknya. Gitulah jika kata-kata positif diulang-ulang setiap hari maka hasilnya juga positif tetapi jika kata-kata negatif seperti zalim, kejam, penipu, kafir dan sebagainya diulang-ulang setiap hari maka pastilah gambaran yang negatif akan tertanam dalam jiwa kita. Kenapa tak kita katakan berulang-ulang kuasa Allah lebih hebat dari kuasa makhluk, aku ingin mati dalam iman yang sempurna, aku ingin lahirkan zuriat dan keturunan yang soleh atau apa saja perkataan untuk persediaan alam akhirat yang kekal abadi …. dunia ini sementara saja .. gitu juga kuasa di dunia sementara sahaja ….

~Terima Kasih~
Khalifah Fedi – Tuan Uruchimaru
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: