Skip to content

16 Sept : Wajah baharu 1Malaysia

September 16, 2009

 Petikan kata-kata DS Najib di blog berwajah baharu 1MalaysiaKini saya lebih yakin bahawa internet merupakan bidang penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat. Blog seperti ini mengalu-alukan input dan memastikan pegawai yang dilantik lebih bertanggungjawab. Kementerian, agensi kerajaan dan juga pemimpin masyarakat mesti memanfaat internet dengan sepenuhnya untuk berinteraksi dengan serta merta dan berkesan dengan rakyat yang mereka berkhidmat. Oleh itu, minggu-minggu yang akan menjelang ini menjadikan saya begitu seronok sekali. Kepada anda semua yang telah menunjukkan minat kepada laman web saya hingga kini, terima kasih dan saya berharap anda amat menyenangi pengubahsuaian yang akan dilakukan ini.

Teringat zaman pertengahan 1990 an ketika aku mula mempromosi Internet ni ramai yang pandang sebelah mata. Ketika itu sebut email pun terdengar terlalu asing. Ada akaun email sendiri rasa sungguh bangga.sekali. Dalam suatu seminar motivasi ketika itu aku ada katakan lihatlah apa yang berlaku pada transformasi komunikasi daripada telefon besar sehinggalah tercipta HP. HP yang pertama dicipta pun punyalah besar dan hanya orang kaya je boleh beli tapi kini HP boleh dimiliki semua termasuk anak-anak sekolah rendah.

Kini Internet dah jadi macam transformasi HP sudah tidak asing lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan, perniagaan, buat duit, berasmara, berdakwah sehinggalah perang politik. Semuga ada sedikit ilmu aku yang dikongsikan dalam banyak seminar yang lepas  memberi menafaat kepada rakan-rakan. Aku selalu mendoakan kejayaan rakan-rakan yang pernah berjuang susah senang bersama … sempena 16 Sept tarikh penubuhan Malaysia aku ucapkan selamat maju jaya 1Malaysia. LOVE MALAYSIA.

Sedang fikir-fikir untuk ubahsuai wajah blog Denaihati … ada yang sudi bantu ke???

~Terima Kasih~
Precious – Weblog Popular 1Malaysia
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: