Skip to content

Kemalangan Jalanraya TIDAK berbau

September 21, 2009

Dalam sibuk kita menyambut Aidil Fitri, ziarah menziarahi jangan sesekali kita lupa keselamatan ketika memandu. Pastikan kita membaca doa kenderaan dan jika ingin berjalan jauh usahakan solat sunat Musafir, insyallah perjalanan kita akan dipelihara oleh Allah swt.

Jadikan peristiwa ini sebagai ikhtibar :

1. Keriangan dua beradik hendak menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Perak bertukar tragedi apabila mereka dan seorang rakan terbunuh dalam kemalangan di laluan dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam hari ini. “Keadaan jalan ketika itu padat dengan kenderaan yang dalam perjalanan untuk pulang berhari raya. Kereta mangsa dari arah Sekinchan ke Sungai Besar tiba-tiba dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan bertembung dengan lori terbabit. “Tindakan kereta itu masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan lori itu tidak sempat mengelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Che Hussin tidak menolak kemungkinan pemandu kenderaan tersebut mengantuk sehingga hilang tumpuan memandu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan. – Utusan

2. Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini awal pagi ini.  Sebelum itu, treler terbabit yang membawa peralatan komputer dipercayai terbabas dan terbalik sehingga melintang di atas laluan lebuh raya. Seorang pemandu Naza Citra, Kamarulzaman Husain, 36, yang mengikut dari belakang tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh treler berkenaan. – Utusan

TERINGAT AKU KEPADA 2 ORANG ARWAH ABANG IPAR YANG MENINGGAL KEMALANGAN SELANG 40 HARI. PERISTIWA SEDIH INI MENYEBABKAN MAK MERTUA TIDAK STABIL SELAMA LEBIH KURANG 4 TAHUN. SEMUGA ARWAH DI TEMPATKAN BERSAMA MEREKA YANG BERIMAN. UNTUK KITA YANG MASIH HIDUP TOLONGLAH BERSABAR DI ATAS JALANRAYA DAN SENTIASA BERDOA SEMUGA KITA DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT. 

~Terima Kasih~
Rizal – RestnRileks
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: