Skip to content

Sayangkan Isteri Tinggal-Tinggalkan

October 10, 2009

Isteri selalu mengharapkan suami sentiasa bersama keluarga setiap hari dan majoriti isteri mencurahkan kasih sayang segalanya kepada suami. Kerana itulah ramai isteri yang hilang pedoman apabila ditinggalkan suami samada dimadukan, diceraikan atau ditinggalkan untuk selama-lamanya.

Pepatah orang tua ada mengatakan “Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”. Dalam Islam telah diajar bahawa kasih sayang kita jangan diutamakan kepada manusia termasuklah kepada suami atau isteri. Kita mesti paling utama menyayangi Allah swt, Nabi saw dan kemudian barulah suami ibubapa, suami dan isteri. Apabila kita terlalu menyayangi manusia apa akan berlaku apabila manusia itu tiada lagi kerana manusia ini pasti akan pergi. Tetapi apabila kita menyayangi Allah swt pasti DIA kekal abadi.

Tak kurang ramai isteri yang mengongkong suami supaya duduk di rumah sahaja bersama keluarga kerana takut dikebas wanita lain. Yang terbaik galakkan suami supaya mencari ilmu terutama ilmu agama untuk keperluan keluarga. Jangan terlalu risau apabila suami meninggalkan keluarga untuk beberapa waktu jika tujuannya baik. Jangan ada prasangka buruk apabila suami keluar kerana itu juga doa yang terus pada Allah tanpa hijap.

Isteri adalah hak untuk suami dan suami adalah insan yang mesti dipatuhi oleh isteri tetapi suami bukan hak seorang isteri. Syurga suami di bawah tapak kaki ibunya tetapi syurga isteri di bawah tapak kaki suaminya. Tugas isteri mendidik anak-anak yang dilahirkan. Tugas suami mendidik isteri yang dikahwini jika tidak mampu wajib suami mencarikan guru. Apa yang isteri buat akan dipersoalkan kepada suami kelak tetapi apa yang suami buat tidak akan dipersoalkan kepada isterinya kelak.

Kita pasti berharap bahawa kita juga kelak akan bertemu sebagai suami isteri di syurga yang kekal abadi.

~Terima Kasih~
Zara – Dunia Sebelah Zara
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: