Skip to content

MANTIK HANI pergi tak kembali yang tinggal mesti diHUKUM.

October 27, 2009

Aku memang tak pernah ada bibik sebab Mak Mertua lansung tak benarkan isteri aku ambil bibik. Mak Mertua aku kata kalau dia boleh didik 12 orang anak, mengurus rumah dan membantu suami cari duit tanpa bibik kenapa anaknya yang ada macam-macam kemudahan nak ambil bibik??

Melihat pengalaman adik-adik yang sering bertukar ganti bibik memang susah nak dapat bibik yang bagus dan sesuai dengan keluarga. Tak kurang bibik yang mempunyai masalah tetapi ini bukanlah tiket besar untuk membunuh bibik. Kematian Mantik Hani ini sungguh tragis. Aku tak abis fikir bagaimana rakyat Malaysia yang dikatakan lebih maju daripada Indonesia sanggup memperlakukan bibiknya sedemikian rupa. Tak bolehkah kalau bibik itu tak sesuai ditukar atau diberhentikan sahaja daripada disiksa lebih teruk daripada haiwan.

Walaupun kes ini dikira terpencil tetapi pasti akan memberi kesan yang amat besar kepada hubungan Malaysia – Indonesia yang sememangnya sudah panas. Kes buluh runcing, kes menolakkan bantuan di padang dan kes manohara masih belum tamat. Kini ditambah lagi satu kes yang menyayat hati. Pasti banyak kutukan akan keluar di blog MALINGsia dan Topix.

Aku tertarik dengan komen ini : “Another International Self-Inflicted Embarrasment by MAJOR RETARD and MORON that I would rather send to INDONESIA for the people of Indonesia to prosecute as their wish…PERIOD“.

Kepada perlaku mesti diHUKUM berat dan segera. Aku ucapakan Takziah kepada keluarga Mantik Hani dan mari kita sama-sama sedekah AL FATIHAH kepada arwah. Semuga ini menjadi syahid kecil untuknya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: