Skip to content

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update cerita menarik

December 7, 2009

Aku pasti tak semua blogger akan membaca entri daripada peserta yang ikut serta contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL“. Oleh itu hari ini aku pilih 3 petikan daripada entri yang menarik semuga cerita mereka insyallah boleh merangsang MINDA BAWAH SEDAR kita sebagai pembaca.

1. Saya pasti cara baca ayat di atas adelah begini – “Hidup -Berani Untuk Gagal“. Itu satu kenyataan. Jika kita mahu hidup, maka kita mesti berani untuk gagal juga!! Ia menandakan bahawa hidup ini tidak menjanjikan yang manis2 sahaja. Malah kita harus bersedia menghadapi saat2 tersungkur juga.

2009 sudah mahu pergi. Saya ingin sekali mengatakan bahawa saya tahun ini adalah antara banyak2 tahun yang saya pernah gagal. Apa yang saya gagal? To be truth…kebanyakannya adalah kerana kewangan. Tetapi alhamdulillah, ni saya nak cerita apakah kekuatan yang saya ada…. nak tahu baca terus @ http://sitisifir10.blogspot.com

2. Walaupun telah mengasaskan Advertlets yang kini akan menjadi 3 tahun pada March 2010, dan saya telah bekerja dalam bidang web untuk lebih dari 8 tahun dan telah membuat projek dan kempen periklanan untuk pelanggan tempatan dan seluruh dunia, saya tidak menggelar diri sebagai seorang yang telah berjaya dalam kehidupan. Tunggu 4 tahun lagi la (at least, untuk Phase 1 complete, masih ada Phase 2, Phase 3…) Perjuangan saya masih belum selesai. Dan, saya telah gagal beberapa kali dalam kehidupan – tapi, tak putus asa. Tahu tak, bila saya seorang belia muda, saya cuba mendapat pekerjaan di McDonald’s? McDonald’s pun tak mahu saya! FAIL betul…. baca kisah Josh Lim, Pengasas Advertlets selanjutnya @ http://josh.my

3. Sudah menjadi tabiat manusia, apabila diri menghadapi kesukaran atau kegagalan, mereka akan menyalahkan takdir. Malah yang lebih teruk lagi mereka sanggup memarahi orang-orang di sekeliling dengan alasan mereka inilah yang menjadi punca kegagalan tersebut. Di sini kita perlu ingat bahawa kegagalan kita adalah disebabkan oleh diri kita sendiri dan bukannya disebabkan oleh orang lain. Kenapa? Kerana hanya minda dan diri kita sahaja yang berupaya menentukan sama ada usaha kita akan menghasilkan kejayaan ataupun kegagalan! … adakah kita manusia yang mampu menerima kegagalan sila baca terus @ http://anarm.net

Banyak lagi cerita menarik yang akan aku kongsikan petikannya dalam entri yang akan datang. Kepada yang ingin turut serta contest sila terus ke contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dan kongsikan cerita menarik sebagai sumbangan untuk merangsang MINDA BAWAH SEDAR bagi menempuh 2010 yang pasti sangat mencabar.

Update : Tahniah kepada Yuitsumuni kerana telah menjadi peserta bertuah ke 50 dan menang hadiah bernilai RM50. Sila kirimkan detail untuk urusan penyerahan hadiah di twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact.

~penGOMEL pertama~
Anarm – Anarm.net
Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: