Skip to content

Dapat Duit dari Twitter

December 17, 2009

Entri sebelum ini cerita Denaihati keluar duit kepada yang setia bersama blog ini tapi kali ini cerita Dapat DUIT. Aku sekarang sedang mencuba konsep perniagaan tradisional dalam dunia blog. Contohnya jika kita berniaga warong pasti perlukan modal untuk beli bahan mentah bagi menghasilkan masakan dan kemudian dijual untuk mendapat keuntungan. Dalam dunia blog aku tukarkan modal dalam bentuk contest dan insentif dengan harapan dan izin Allah aku akan mendapat keuntungan. Bayangkan berapa banyak GOOGLE bayar untuk program adsense setiap hari tetapi masih membuat keuntungan setiap tahun.

Alhamdulillah aku dah boleh cash out pendapatan daripada program buat duit dari Twitter iaitu Churp Churp sebanyak RM112.37. Kepada yang belum join bagus join tapi kalau ada program referral lagi canggihkan. Selain daripada Churp Churp aku juga join Sponsored Tweet. Konsepnya sama seperti Churp Churp cuma lebih canggih sebab cover satu dunia dan income aku pun dah 3 kali masuk. Kepada yang belum join jom ramai-ramai serbu Sponsored Tweet, aku tengok John Chow pun promote abis program ni. Selain daripada itu aku juga join buat duit dari Twitter di RevTwt, Twivert dan Twittad (kalau nak join semuanya free). Kepada teman-teman yang bigung nak menambah follower joom join TwitterViral free dan boleh tahan efektif. Aku pun ada juga buat simple blog tentang Twitter @ Make Money From Twitter.

Alhamdulillah aku juga Dapat Duit daripada program DapatWang. Sehingga hari ini telah menghasilkan pendapatan lebih RM800 sejak 29/10/09. Daripada awal aku memang sudah bersedia untuk GAGAL apabila join program DapatWang. Kepada yang Hidup Berani Untuk Gagal jom join DapatWang. Ramai juga yang join Berani Gagal Network tetapi majoriti kecundang diawal perjuangan. Bisnis begitulah.

Aku sedang survey beberapa program buat duit secara online untuk projek 2010 selain daripada beberapa program online income yang aku dah turut serta sebelum ini. Kalau nak tahu apa projek baru next year jangan lupa follow twitter @Denaihati dan Facebook @Denaihati. Kejayaan tidak akan tercapai bila kita bekerja sendirian. Semuga kita berjaya bersama, Salam Maal Hijrah.

Advertisements

Yang Terbaik Sepanjang November

December 16, 2009

Maaf di atas kelewatn entri penting ini. Alhamdulillah jumlah komen bulan November bertambah dan yang paling penting semakin ramai penGOMEL baru yang meninggalkan jejak di blog DENAIHATI. Jumlah keseluruhan komen adalah 1470 yang bernilai RM294.

Perjuangan untuk menjadi penGOMEL Pertama juga semakin sengit. Berikut antara yang berjaya menjadi penGOMEL pertama Precious(2), X-P0(5), RatuSalju (2), Sitisifir10(2), Azizwan(7) dan Zul (1). Pemenangnya tak lain dan tak bukan Azizwan dan hadiahnya adalah iklan banner selama sebulan di blog DENAIHATI.

3 orang penGOMEL terbanyak pulak jatuh kepada X-PO(395) menang RM50, Azizwan(294) menang RM30 dan  Precious(150) menang RM20.

4 orang berjaya cash out insentif komen iaitu X-PO sebanyak RM79, Azizwan sebanyak RM58.80,  Precious sebanyak RM31.60 dan RatuSalju sebanyak RM17. Baki sebanyak RM107.60 akan diinfaqkan untuk projek Pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran.

Ucapan tahniah juga kepada X-PO yang telah menang RM66 kerana menjadi pelawat bertuah yang ke 66,666. Kepada yang tak berjaya tunggukan angka keramat 77,777.

Terima kasih juga kepada 100 blogger hebat yang sudi tinggalkan jejak komen antaranya Zul, Rizal, Topo, Megat, Kak Jie, AzmanIshak, Wanmus, MrBintang, Kak Long, Littlemama, Dilot dan ramai lagi yang tak tersebut.

Tidak lupa juga tahniah kepada semua pemenang contest Weblog Popular 1Malaysia. Kepada yang nak menang hadiah hebat contest Hidup Berani Untuk Gagal masih berlansung. Kepada yang nak turut serta insentif komen sila rujuk syarat-syarta @ Insentif Komen.

Terima kasih semua yang disebut dan tak disebut, yang kelihatan dan tidak kelihatan juga kepada silent visitor.

~penGOMEL pertama~
Azizwan – World of Azizwan

Hidup Untuk Memberi

December 13, 2009

Alhamdulillah ini adalah entri aku yang ke 200. Hari ini nak kongsi satu cerita yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s semuga menjadi peringatan untuk diri aku sendiri.

Seorang umat Nabi Musa yang sangat miskin telah bertemu Baginda dan memohon agar Nabi Musa berdoaka kepada Allah supaya menjadikan dia kaya. Nabi Musa pun berdoa kepada Allah memohon umatNya itu dikurniakan kekayaan setelah selama ini hidup dalam kemiskinan yang amat sangat. Allah memberitahu Nabi Musa bahawa umur umatNya itu hanya tinggal 100 tahun dan Allah hanya akan kurniakan kekayaan untuk 50 tahun sahaja. Allah memerintah Nabi Musa bertemu umatNya dan bertanya samada dia mahu menjadi kaya 50 tahun pertama atau 50 tahun terakhir. Umat Nabi Musa tersebut memilih untuk menjadi kaya 50 tahun pertama kerana tak sanggup lagi untuk menjadi miskin.

Apabila Allah kurniakan kekayaan maka si miskin menjadi si kaya. Si kaya telah mendirikan sebuah gudang yang sangat luas dengan pintu yang sangat banyak. Gudang tersebut diisi dengan keperluan harian dan ditambah setiap hari. Si kaya telah memberi semua umat yang miskin untuk mengambil keperluan harian dengan syarat iaitu hanya boleh mengambil keperluan untuk hari tersebut dan masuk melalui pintu lain dan keluar daripada pintu lain.

Kekayaan si kaya terus bertambah dan dia terus memberi sehingga suatu hari barulah dia sedar bahawa tempoh 50 tahun yang dijanjikan Allah telah terlebih 5 tahun. Maka si kaya bertemu Nabi Musa dan bertanya mengapa Allah memberi kekayaan melebihi daripada janjinya. Maka Allah memberitahu kepada Nabi Musa bahawa DIA malu untuk menarik balik kekayaan si kaya kerana Allah hanya membuka 1 daripada 300 pintu rezeki kepada si kaya tetapi si kaya telah membuka beribu pintu rezeki kepada umat miskin yang lain.

Orang Alim ada berkata bahawa sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah.

Hari ini manusia hilang kebahagian kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam hidup. Kita sering terlupa hikmah yang diungkap menerusi kata-kata : “KITA MEMBINA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT TETAPI KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN”.

Kepada teman-teman yang inginkan amalan untuk membuka pintu rezeki sila tinggalkan pesanan @ contact.

~penGOMEL pertama~
Mr. Bintang – Aku dan Kamu

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL edisi khas ProPiTo

December 12, 2009

Hari aku nak cerita kisah peserta ke 14 iaitu ProPiTo. Mamat ni join contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” melalui blog Cerita Itu Ini. Mengikut entri yang ProPiTo buat untuk ikut contest ni memang tak ada apa sekadar copy paste je … apa punya bebal lah Mamat ni. Pengikut blog dia punyalah ramai tapi tak nak kongsi cerita untuk jadi teladan kepada pembaca.

Aku kelaskan ProPiTo ni sebagai blogger seperti melepaskan nau dalam belukar. Faham ke? Kalau tak silap aku maknanya mementingkan diri sendiri. Kenapa tidak ProPiTo berkongsi sedikit kisah bagaimana susah senangnya dia berblogging sehingga terkenal seluruh dunia. Bukan aku tapi pasti ramai blogger yang lain juga nak belajar daripada ProPiTo ni.

ProPiTo aku harap sangat kau jangan lokek ilmu dan paling penting jangan lokek trafik. Bila kau tulis cerita menarik pasti ramai yang terkesan untuk melalui hidup yang penuh cabaran ini dengan semangat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Bila ramai yang terkesan pasti ada yang lawat blog aku dan pasti ada yang akan join contest dan letak link blog aku. Kan tu namanya berkongsi trafik.

PriPiTo maaf lah aku tegur kau dan aku yakin lepas ni kau mesti balas semula dan kutuk aku balik sebab aku tahu kau ni jenis orang yang semangat tinggi … semangat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Kalau teman-teman nak tumpang mengutuk atau memuji ProPiTo terus je lah ke blog @ ProPiTo.

~penGOMEL pertama~
Muhfarhan – MuhdFarhan

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL selami hati mereka

December 11, 2009

Alhamdulillah sehingga semalam sudah 85 blogger berani menyahut cabaran “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dengan berbagai entri yang simple dan yang menarik. Beberapa peserta juga telah menang Hadiah Bertuah bernilai RM50 setiap seorang iaitu Zai Kulim, Zie Fauzi, Ratu Salju, Taufidris, Yuitsumuni dan TheWayIThink.

Hari ini aku nak fokus 3 petikan entri contest yang boleh meransang MINDA BAWAH SEDAR.

1. Masih tidak mengerti? sayu… pilu…apa jua tinggalan… baik atau buruk atau tidak tahu atau tiada apa-apa ada ketika si celupar berbiacara kerna lumrah dan adat manusia (agaknya, semua ke?) mahu menegakkan benang basah atau kerna maruah diri tercabar atau kerna suka suka … sajak menarik daripada Yang Baik teruskan membaca @ Yang Baik.

2. Pernahkah anda mengalami hal yang sama? Marilah kita melihat realiti kehidupan. Setiap orang pernah mengalami kekecewaan dan kegagalan dalam hidup. Bahkan kadangkala semuanya akan datang sekaligus menimpa seseorang. Kalau sudah demikian, kita merasa dunia seakan musnah. Hidup menjadi terasa berat dan seperti memikul beban yang tinggi. Biasanya banyak orang kemudian melihat segala sesuatu itu dari segi negatif. Bagaimana untuk bangkit kembali? Bagaimana caranya membangkitkan semangat kita yang sudah turun? … dapatkan 3 tips berguna untuk terus bangkit daripada kesukaran @ MyAdha.

3. Terlalu sakit pada awalnya. Bukan mudah menjalahi hidup berbekalkan prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Lagi-lagi, bila kamu perlu memulakannya daripada bawah. Tanpa bimbingan dan kehadiran seorang ayah di sisi, segalanya kelihatan sukar. Mujur, saya masih punya ibu untuk menyokong prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dengan jayanya kini….selami hati kehidupan tanpa ayah dalam kehidupan yang menuh mencabar @ LizaRazak.

Sebahagian daripada pengalaman hidup yang insyallah akan dapat menyentuh hati dan minda. Kita selalu menjerit kesukaran tapi ingatlah sesusah kita pasti ada yang lebih susah daripada kita. Aku pernah melihat sekumpulan manusia di Jakarta yang menunggu di belakang restauran untuk memamah makanan lebihan daripada pelanggan restauran tersebut.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan teruskan perjuangan hidup tanpa ada perasaan putus asa walaupun diasak dengan berbagai dugaan. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

@ Banyak lagi cerita menarik yang akan aku kongsikan petikannya dalam entri yang akan datang. Kepada yang ingin turut serta contest sila terus ke contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dan kongsikan cerita menarik sebagai sumbangan untuk merangsang MINDA BAWAH SEDAR bagi menempuh 2010 yang pasti sangat mencabar.

Berapa Lama kita bersama DIA yang tersayang dalam sehari.

December 10, 2009

(Awas entri in adalah peringatan untuk diri aku sendiri) Pernahkah ANDA melalui suatu peristiwa atau kejadian yang apabila difikir-fikirkan sememangnya diluar bidang kuasa ANDA sendiri. Aku pernah beberapa kali melalui peristiwa dan kejadian yang diluar perancangan aku.

Pada Ramadhan tahun lepas aku berkesempatan berQiamulai di 10 malam terakhir di sebuah Masjid di Jakarta. Ramadhan tahun ini aku teringin sangat nak pegi ke Masjid yang sama tapi tak berkesempatan. Aku sering mengulang-ulangi hasrat aku itu kepada wife tetapi sekadar nak meluahkan rasa. Seminggu sebelum lebaran aku dan keluarga pergi ke KL atas urusan bisnis. Aku tak sure nak stay hotel mana maka aku pun berdoa semuga Allah bagi pertunjuk. Hati aku digerakkan untuk stay di Darby Park yang kebetulan boleh dapat diskaun dengan menggunakan fasiliti diskaun kawan yang bekerja di PNB. Dengan izin Allah swt rupanya ada majlis Qiamulai anjuran Astro Oasis di Masjid KLCC. Walaupun aku tak dapat ke Jakarta tapi Allah gantikan dengan Qiamulai di KL … alhamdulillah apa yang berlaku diluar perancangan.

Aku yakin bila sekali kita ingat kepada Allah pasti 10 kali Allah akan ingat kepada kita. Jika berkali-kali kita ingat kepada Allah maka ribuan kali Allah akan ingat kepada kita. Bila sekali kita sayang kepada Allah berkali-kali pula Allah akan sayang kepada kita. Kasih sayang Allah kepada kita akan diberi secara zahir dan ghaib. Kasih Allah kepada kita akan diberi bukan sahaja dalam bentuk kesenangan tetapi juga dalam bentuk kesusahan.

Soalnya berapa lama kita dalam sehari meruangkan masa berkualiti bersama Allah? Adakah amalan kita seperti solat fardu benar-benar bersama Allah atau sekadar melengkapkan jadual kehidupan? Adakah masa kita tidur, bekerja, bersama Isteri/Suami, bersama anak-anak atau bersama kawan-kawan lebih lama daripada bersama Allah?

Insyallah apabila kita sentiasa ruangkan sedikit masa berkualiti bersama Allah setiap hari maka hidup ini akan jadi lebih bermakna. Pasti kita akan dapat melalui kehidupan yang penuh bererti dengan semangat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

@ Tahniah kepada TheWayIThink kerana berjaya jadi peserta ke 75 dan menang RM50. Kepada yang ingin turut serta contest sila terus ke contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL“.

~penGOMEL pertama~
Sha-hir – THeWayIThunk

Kakak panik datang bulan pertama

December 9, 2009

Bawa anak-anak bercuti ketika musim cuti sekolah sudah menjadi amalan keluarga kami. Sebelum bercuti di tempat terpilih aku akan pastikan kami bercuti di kampung sebelah aku dan sebelah wife. Inilah masanya untuk merapatkan hubungan anak-anak dengan datuk, nenek dan embah mereka sementara masih ada.

Tahun lepas kami bercuti di Sumatera dan kali ini kami pilih Genting untuk projek cuti-cuti Malaysia. Dah bertahun juga kami sekeluarga tidak menjejaki kaki di tempat sejuk ni. Seingat aku kali terakhir kami ke sini ketika anak bongsu aku masih berumur setahun lebih.

Setiba kami di lobi hotel anak-anak aku bergegas ke toilet. Sekembali daripada toilet aku lihat muka anak dara aku yang baru berumur 11 tahun pucat lesi. Dia berbisik-bisik dengan ibunya. Aku lihat muka wife aku macam muka terkejut je dan ini membuatkan aku tertanya-tanya. Beberapa minit kemudian wife beritahu kakak datang bulan untuk kali pertama. emmm patutlah kakak nampak panik betul.

Buat sementara kami lupakan urusan check ini hotel. Wife aku membantu anak dara aku menguruskan datang bulan pertamanya supaya dia tenang dan tidak panik. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan 2 jam kemudian anak dara aku dah boleh naik Flying Coaster dan Roller Coaster bersama abangnya.

Wife aku kata semua wanita tidak akan lupa hari datang bulan pertama mereka. Katanya dulu dia menangis sepanjang hari kerana panik dan tak faham darah apa yang keluar. Itulah manusia yang merupakan ciptaan Allah yang paling sempurna di antara 18,000 makhluk yang lain. Cuma kekadang kita sahaja yang tidak dapat menilai kesempurnaan kita sehingga kita sering takut untuk  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

@ Aku pun tak lupa masa kena sunat kat klinik belakang masjid tu.